Monday 14 October 2013

Hai... dan Assalamualaikum!

Hai... Sha nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog Sha yang tak seberapa ni... hu hu... Thanks ya kerana sudi menyokong karya Sha yang kerdil ni. Masih banyak yang Sha perlu belajar. Dah lama sangat dah Sha tinggal semua-semua ni. Last Sha menulis masa Sha form 4 kalau tak silap. Dah lama kot... and sejak 2-3 tahun ni semangat dan minat tu datang semula.

Sha mula menulis Forever Mine (FM) dan cerita tu siap sepenuhnya pada awal tahun ni kalau tak silap Sha. Sha pernah hantar ke publisher... tapi tak ada apa-apa feedback pun. Tak pelah... Sha anggap bukan rezeki Sha. Tapi... dalam masa yang sama... Sha dah mula Dia... Mr Model! (DMM). Sha mula menulis DMM kalau tak silap awal tahun ni jugak rasanya. On-off je... sibuk dengan kerja. hu hu... tak sempat nak bagi komitmen! Seronok bila tengok penulis-penulis lain yang dah ada nama... ceria dan meriah je blog diorang. Asyik update je dengan cerita-cerita baru. Sha ni... hu hu cerita pun tah ke mana... blog pun tak pernah nak wujud. Masuk minggu ni... hu hu baru minggu ketiga usia blog Sha. Dan... Alhamdulillah. Jumlah pelawat Sha setakat ini (14.10.2013 / 22.02) adalah 16,767! Wow! Such a big number for an amateur like me...

TQ untuk semua yang sokong dan sentiasa komen untuk karya-karya Sha ni. Terima kasih banyak-banyak. Sha sangat-sangat berbesar hati... suka sangat! 

Akhir sekali... Sha nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha (err... macam dah ucap dah je tadi... hmm okay kot kalau ucap banyak-banyak kali? he he...). Sha akan 'cuti' sehingga Jumaat in-shaa-Allah. Nak balik kampung! yeyyyyy!!! Dan maaf kalau Sha tak update apa-apa nanti sebab Sha tak sure kat Pattani atau Yala nanti ada line internet yang cun tak. Sha tak pernah guna mana-mana khidmat dari luar lagi. selalunya Sha off handphone and bercuti puas-puas! he he...

Kalau Sha ada dapat online, in-shaa-Allah Sha akan update dari sana ye? Doakan keselamatan Sha sekeluarga ye? ;)

Err... maaf eh kalau entry merapu meraban ni panjang pula. Kalah entry novel pula... he he... okay lah... selamat menyambut hari raya ye? (Errr...)

Berhati-hati pulang ke kampung ye? ;) 

Wassalam

*** Menaip sambil mengunyah kerak pulut ketupat. Kawan ofis bagi tadi. Tak payah tempah dah ketupat. Dah dapat kerak siap ketupat dah masak lagi. he he he...