Friday 11 April 2014

Tempahan Untuk Forever Mine Sudah Dibuka. Terhad!


TEMPAHAN sudah dibuka! Tarikh awal tutup order adalah pada 14 April 2014 (Isnin) atau diberitahu kelak. 

Butir-butir bayaran:






TAJUK : FOREVER MINE

ISBN : 978-967-12586-0-6

HARGA : RM 27 (SEMENANJUNG) | RM 30 (SABAH / SARAWAK)
*** TERMASUK POS


SINOPSIS

Perhubungan di antara Shalia dan Aazad seperti di awangan. Berteman tetapi mesra. Berkawan tetapi intim. Bagi Shalia, hubungannya dengan Aazad hanya sekadar pelengkap hari-harinya.

Perkenalan secara maya dengan Iqram di laman sosial begitu mengujakan hati wanitanya. Pelbagai kisah dikongsi bersama sesuai dengan status mereka sebagai penuntut universiti.

Namun, apa yang paling menggusarkan hatinya adalah kehadiran Harif yang datang menghulur kasih. Pemuda kacukan Melayu-Korea itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya.

Ingin dilarang, hati mendesak menginginkannya. Ingin didekat, ada pihak yang masih menagih kasih.

That’s my girl.” - Aazad

Oh my… rindunya…” - Iqram

I love you, baby!” - Harif

Dia buntu!

Siapa sebenarnya yang patut dipilihnya?

Aazad, Iqram ataupun Harif?

Dan apa pula rahsia mereka bertiga sehinggakan satu-persatu hati wanitanya tersentap dan berlagu pilu?