Monday 24 November 2014

MARITZA sudah dibuka untuk tempahan



Tempahan untuk buku LIMITED EDITION - YANG SELALU ADA, di mana di dalamnya ada 2 cerita dan salah satunya adalah MARITZA sudah lama dibuka.

Anda boleh email kepada saya wawa_taufik@yahoo.com untuk urusan pembayaran.

Harga RM 33 sm / RM 40 ss
(Termasuk pos)

Buku LIMITED EDITION ini tidak akan diulang cetak lagi. Jadi, kepada sesiapa yang berminat boleh segera email kepada saya. Dan ya, buku ini TIADA di mana-mana kedai buku.

Terima kasih.

Untuk membaca 3 bab awal MARITZA, boleh klik link di bawah ya.




Wednesday 20 August 2014

Pencalonan untuk Newcomer Writer

Alhamdulillah... saya dicalonkan sebagai salah seorang Newcomer Writer anjuran ILuv Novel. Terima kasih kepada pihak ILuv Novel kerana memberi peluang sebegini besar kepada saya.

Terima kasih semua yang menyokong Dia... Mr Model.


Anda boleh membuat undian di link ini -->>  https://www.fnmaker.com/photovote/tab/685205954886773/ untuk penulis baru kegemaran anda :)

Saturday 16 August 2014

Cover Rasmi L.U.T.H


Keluaran Idea Kreatif bulan Ogos 2014

Tajuk : L.U.T.H (Lamaran Untuk Teman Hati)
Penulis : Wawa Taufik 
Harga : RM 24(semenanjung)
RM 27(Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-0718-09-5


Sinopsis :

Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.

Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.

“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth

“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma 

“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth

Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.

“Luthhhh...” 

Yes... I love you too, sayang...”

No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”

“Eh bukan ye?”

Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.

Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth

“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma

Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.


***

Untuk Tempahan sila email ke wawa_taufik@yahoo.com untuk saya berikan maklumat akaun. 

Harga kalau beli online:

RM 22 Semenanjung Malaysia @ Rm25 Sabah Sarawak

FREE POSTAGE

Untuk pembeli dari Singapura, Brunei dan selainnya, juga kami terima.

Monday 4 August 2014

Tempahan LUTH sudah dibuka!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak maklumkan yang LUTH sudah dibuka untuk tempahan ye. 

Alhamdulillah LUTH berjaya terbit bulan Ogos ni. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan mengikuti cerita biasa-biasa ni kat sini dan di group saya.

Maklumat harga buku:

RM 22 sem Malaysia
RM 25 Sabah dan Sarawak

Untuk maklumat akaun... boleh email saya ya

wawa_taufik@yahoo.com

Order ni akan dipos bermula 25 Ogos dan tarikh tutup order untuk Batch 1 adalah minggu hadapan.

Nota : di atas bukan cover sebenar ya. Cover akan ditunjuk nanti ;)

Terima kasih

Friday 11 April 2014

Tempahan Untuk Forever Mine Sudah Dibuka. Terhad!


TEMPAHAN sudah dibuka! Tarikh awal tutup order adalah pada 14 April 2014 (Isnin) atau diberitahu kelak. 

Butir-butir bayaran:






TAJUK : FOREVER MINE

ISBN : 978-967-12586-0-6

HARGA : RM 27 (SEMENANJUNG) | RM 30 (SABAH / SARAWAK)
*** TERMASUK POS


SINOPSIS

Perhubungan di antara Shalia dan Aazad seperti di awangan. Berteman tetapi mesra. Berkawan tetapi intim. Bagi Shalia, hubungannya dengan Aazad hanya sekadar pelengkap hari-harinya.

Perkenalan secara maya dengan Iqram di laman sosial begitu mengujakan hati wanitanya. Pelbagai kisah dikongsi bersama sesuai dengan status mereka sebagai penuntut universiti.

Namun, apa yang paling menggusarkan hatinya adalah kehadiran Harif yang datang menghulur kasih. Pemuda kacukan Melayu-Korea itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya.

Ingin dilarang, hati mendesak menginginkannya. Ingin didekat, ada pihak yang masih menagih kasih.

That’s my girl.” - Aazad

Oh my… rindunya…” - Iqram

I love you, baby!” - Harif

Dia buntu!

Siapa sebenarnya yang patut dipilihnya?

Aazad, Iqram ataupun Harif?

Dan apa pula rahsia mereka bertiga sehinggakan satu-persatu hati wanitanya tersentap dan berlagu pilu?

Wednesday 12 February 2014

Pengumuman!

Hai! ;)

Terima kasih kepada semua yang membeli dan menyokong Dia... Mr Model (DMM) ya!

Di sini saya nak bagitahu, kepada sesiapa yang masih belum membeli DMM dan ingin mendapatkannya, kerana saya tahu masih terlalu awal untuk DMM ni masuk ke dalam kesemua BOOKSTORE, bolehlah mendapatkannya melalui ideakreatif.net dengan harga RM21/Semenanjung dan RM24/Sabah Sarawak. (Harga ini sudah selepas diskaun ya) FREE POSTAGE lagi. Untung kan? ;)

Dan lagi... untuk pembelian kali ni, anda juga akan menerima bookmark si Mika ni. Limited Edition lagi! Selagi stok masih ada.

Terima kasih.

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Bagi sesiapa yang belum dapatkan DMM lagi, di sini saya sertakan komen-komen yang diterima untuk anda nilai ;)

Tapi, harus diingat ya... lain orang lain sukanya. Lain orang lain minatnya. Lain orang lain citarasanya. ;)



















Saturday 25 January 2014

Cover Dia... Mr Model dah dikeluarkan!


Tajuk : DIA... MR MODEL
Penulis : WAWA TAUFIK
Harga : RM23(semenanjung)

RM26(Sabah/Sarawak)
Muka Surat : 542
ISBN No : 978-967-12267-4-2

Sinopsis :

Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael

Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena

Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. 
Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika. 

“Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa

“A woman like you!” - Mika. 

Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look’ seperti Mika.

"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika

Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya. 

"And I think you prefer a hug!" - Mika 

Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa?

"Suka dengan imej baru saya?" 
Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk.

"Suka saya?" 
Angguk lagi.

"Sudi jadi isteri saya?"
Masih lagi angguk. Namun tidak lama. 

"Err... apa awak cakap Mika?" 

“Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah."


Monday 6 January 2014

Pre-Order Untuk Novel Dia... Mr Model! Sudah Dibuka!!!


Nak tahu kisah Mika dan Safa?

Nak tahu bagaimana pengakhiran mereka berdua?

Nak tahu apa lagi yang perlu mereka tempuhi?

;)

Boleh buat order di group saya -->> https://www.facebook.com/groups/imaginasiwawataufik

Atau

Terus bank in ke akaun Agen seperti di bawah:

-12470061464521 (cimb) SARINAH AINI
-162272572644(maybank)..noratikah aini 

Selesai proses transfer or bank in, sila email details:

1. Nama
2. Alamat
3. No TELEFON
4. Nama buku yg dibeli
5. Slip pembayaran

HANTAR KE:

Email kuntilanak.sari@yahoo.com

HARGA:

DIA..MR MODEL by WAWA TAUFIK
RM21 (sm) / RM24 (ss)

CINTA KITA by SUZANA SULAIMAN
RM21 (sm) / RM24 (ss)

*HARGA SELEPAS DISKAUN DAH!
*FREE POSTAGE!