Wednesday 20 August 2014

Pencalonan untuk Newcomer Writer

Alhamdulillah... saya dicalonkan sebagai salah seorang Newcomer Writer anjuran ILuv Novel. Terima kasih kepada pihak ILuv Novel kerana memberi peluang sebegini besar kepada saya.

Terima kasih semua yang menyokong Dia... Mr Model.


Anda boleh membuat undian di link ini -->>  https://www.fnmaker.com/photovote/tab/685205954886773/ untuk penulis baru kegemaran anda :)

Saturday 16 August 2014

Cover Rasmi L.U.T.H


Keluaran Idea Kreatif bulan Ogos 2014

Tajuk : L.U.T.H (Lamaran Untuk Teman Hati)
Penulis : Wawa Taufik 
Harga : RM 24(semenanjung)
RM 27(Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-0718-09-5


Sinopsis :

Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.

Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.

“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth

“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma 

“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth

Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.

“Luthhhh...” 

Yes... I love you too, sayang...”

No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”

“Eh bukan ye?”

Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.

Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth

“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma

Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.


***

Untuk Tempahan sila email ke wawa_taufik@yahoo.com untuk saya berikan maklumat akaun. 

Harga kalau beli online:

RM 22 Semenanjung Malaysia @ Rm25 Sabah Sarawak

FREE POSTAGE

Untuk pembeli dari Singapura, Brunei dan selainnya, juga kami terima.

Monday 4 August 2014

Tempahan LUTH sudah dibuka!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak maklumkan yang LUTH sudah dibuka untuk tempahan ye. 

Alhamdulillah LUTH berjaya terbit bulan Ogos ni. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan mengikuti cerita biasa-biasa ni kat sini dan di group saya.

Maklumat harga buku:

RM 22 sem Malaysia
RM 25 Sabah dan Sarawak

Untuk maklumat akaun... boleh email saya ya

wawa_taufik@yahoo.com

Order ni akan dipos bermula 25 Ogos dan tarikh tutup order untuk Batch 1 adalah minggu hadapan.

Nota : di atas bukan cover sebenar ya. Cover akan ditunjuk nanti ;)

Terima kasih